Modal KECIL Untung BESAR



 Assalamualaikum!

Nak tanya satu, di kawasan perumahan atau di kawasan tempat tinggal anda sekarang kedai apa yang belum ada, kalau adapun ianya terletak jauh dari kediaman anda?

Kedai gambar? Kalau jawapannya adalah 'Ya', ini bermakna satu peluang yang baik untuk anda menjalankan bisnes ini.

Apa? Bisnes kedai gambar buat masa sekarang dah tidak relevan? Jika itu yang anda fikirkan, anda sebenarnya silap. Ya, kalau anda bercadang membuka sebuah kedai gambar yang besar dengan peralatan yang serba mahal serta sewa kedai yang beribu, ianya memanglah tindakan yang kurang bijak.

Memang zaman sekarang dah kurang orang datang ke kedai gambar untuk cuci gambar dari kamera mahupun telefon. TAPI keperluan gambar pasport untuk pelbagai tujuan, gambar untuk lesen, gambar visa umrah, ianya masih lagi mendapat pemintaan. Tidak di nafikan, ada yang tahu dan membuatnya sendiri di rumah. Tapi berapa ramai yang boleh buat sendiri di rumah? Seperkara lagi adalah tidak relevan untuk satu atau dua keping gambar pasport mereka akan lakukan sendiri di rumah. Kalau hendak lakukan sendiri di rumah, mereka paling tidak perlu beli sebuah printer selain harus ada sebuah laptop atau komputer.

Lalu, inilah peluang anda, jika kawasan anda belum ada sebuah kedai gambar, anda ambil peluang ini, buka sebuah kedai gambar secara kecil-kecilan yang memerlukan modal kecil. Ya, macam yang saya lakukan sejak 10 tahun dulu hinggalah sekarang.

Apa, anda tidak tahu apa-apa tentang cara-cara mengambil dan mengedit gambar? Jangan bimbang, jika itu yang menjadi penyebabnya anda tidak berani hendak menceburi bidang yang memberi keuntungan yang agak lumayan ini, saya sedia membantu anda. Sekarang saya telah menghasilkan sebuah e-book yang boleh memberi tunjuk ajar secara mudah dan berkesan cara-cara untuk mengambil gambar pasport, gambar visa, gambar lesen dan segala peralatan lain yang harus ada miliki bagi membuka sebuah kedai gambar yang mampu menghasilkan gambar yang memuaskan.

Harga e-book ini? Cuma RM100 sahaja!

Bagaimana nak mendapatkannya?
Hubungi no ini: 013-9212423

Bukan itu sahaja, jika anda telah membeli buku ini, tapi anda masih tidak nampak gambaran untuk anda buka sebuah kedai gambar di tempat anda, hubungi saya, insyaa-Allah saya akan datang ke tempat anda tanpa sebarang tambahan!

Macam mana? Masih belum yakin? Kalau masih juga belum yakin, saya dah tak dapat nak bantu. Apa yang pasti saya sendiri masa mula-mula buka kedai gambar memang bermula dari '0'.. Alhamdulillah, sekarang saya boleh dianggap berjaya.

Terimakasih kerana sudi membaca sampai habis. Apapun keputusan anda, terletak di tangan anda.
Saya sekadar mampu memberi cadangan.

Hormat dari saya
MZ FOTO
Seberang Takir

Comments